Friday, September 25, 2009

Seksa Dulu Baru Tanya

Salam,

Tukang kasut selalu juga borak2 dengan budak SBP ni..
Ada seorang budak ni,dia bersekolah di salah sebuah Sekolah Berasrama Penuh di sekitar Kuala Lumpur.Biasa la,Tukang Kasut memang kenal ramai pelajar-pelajar sekolah sekitar KL.SBP sekitar KL pun yang Tukang kasut tahu hanyalah SM SAINS SELANGOR,SM SAINS ALAM SHAH dan SM SAINS SERI PUTERI kot..Yang lain Tukang Kasut kurang pasti.
Seterusnya masa borak2 tu,budak ni cerita la sikap warden2 di sekolahnya.Menurut budak tu,warden di sekolahnya seolah-olah mengamalkan sikap KEMPETAI.Seksa dulu baru tanya.

Pernah Sekali tu budak ni dituduh merokok oleh seniornya.Kemudian,apabila di panggil masuk ke bilik warden,budak itu terus ditampar bertubi-tubi.Ada juga kawannya yang pernah diterajang.Lepas itu,baru ditanya...Inikah sikap warden SBP?? Salah ke tanya elok2 dulu baru diambil tindakan.Mungkin budak2 di sekolah tersebut baik2..Jadi,berani la dia buat macam tu.Ini cerita benar! Bukan tukang kasut nak burukkan sesiapa tapi ini hakikat yang terjadi...Tukang Kasut harap janganlah benda2 bodoh macam ni jadi.

Saturday, September 19, 2009

Old Kuala Lumpur, Malaysia



Kuala Lumpur suatu masa dahulu dalam keadaan aman daman,bersih serta masih belum tercemar seperti hari ini.Kita dapat lihat pelbagai kaum di kota ini hidup dengan penuh harmoni.

Pejuang Haluan Kiri



Merekalah Pejuang sebenar kemerdekaan.Perintis kepada perjuangan menuntut kemerdekaan.Tanpa mereka pasti tidak tercetus idea bagi menuntut kemerdekaan.
Bukan seperti keris yang sentiasa tunduk dan menjadi anjing kepada pihak British.Jika kita perhatikan,pejuang2 sayap kiri jarang dihargai malah di dalam mata pelajaran Sejarah di sekolah juga sering memperkatakan tentang pejuang sayap kanan dan JAUH PANGGANG DARI API untuk menceritakan tentang pejuang-pejuang sayap kiri.

Thursday, September 17, 2009

Ceramah Kemerdekaan.

Salam,

Pagi-pagi ini,saja menulis sekadar untuk berbasa-basi.Tahukah anda bahawa pihak pemegang negara Malaysia sekarang sedang cuba untuk menyerap agenda dacing atau lebih spesifik agenda keris ke dalam jiwa-jiwa suci si pelajar terutamanya di institusi yang terdiri daripada pelajar bijak pandai.Kemudian,terdapat juga program yang menyebarkan ideologi dan propaganda supaya menyokong pihak pemerintah sekarang.Fikir la sendiri? Patut ke semua ni? Rosakkan fikiran budak-budak kecil yang sememangnya tidak mampu untuk menilai.
Biro Tatanegara antara program yang mempunyai misi dan objektif sedemikian.Gambar di bawah adalah antara agenda yang perlu dijayakan.Ini yang Tukang Kasut katakan tadi...ideologi dan propaganda mereka.


Di salah sebuah institusi pendidikan terulung di sekitar Kuala Lumpur telah menjemput seorang penceramah antau PEJUANG POLITIK yang dah old-timer.Rasanya tukang kasut tak payah cerita panjang tapi yang pastinya pejuang tersebut asyik dan asyik menyeru supaya menyokong pihak ini.


SIAPA YANG TIDAK MENYOKONG keris, ibarat mengkhianati pejuang
kemerdekaan.

Sokonglah Keris...Keris la segala-galanya.

Memang macam-macam la..Ini menunjukkan bahawa pihak tersebut menggunakan taktik kotor bagi meraih sokongan terutama dalam kalangan muda mudi.Guru-guru pula ibarat anjing yang sentiasa tunduk kepada tuannya.

MASALAH

Perjuangan

Apa itu perjuangan? Apa perspektif anda tentang perjuangan??

Anda berjuang untuk apa? Untuk keadilan? Atau hanya untuk diri anda sendiri tanpa menghiraukan tangisan orang lain.??

Pemuda Harapan Bangsa..Cukup ringkas dan jelas perkataannya.

Pemuda-pemuda ini dibesarkan dan dididik di institusi pendidikan yang dijaga rapi dan dikawal dengan ketat?

Mereka kononnya bakal memacu negara ke arah kemajuan.Namun,berjayakah mereka??

Mutakhir,sikap dan mentaliti pemuda-pemuda dari institusi ini seolah-olah telah berubah selaras dengan kemajuan yang telah dikecapi oleh negara?

Mereka pentingkan diri!! Sanggup berbuat apa sahaja demi menjaga periuk nasi masing-masing.

Tamak haloba,mementingkan diri,dayus,tidak berani menyuarakan kebenaran.Itulah mereka?

Inikah yang kita katakan pemacu kegemilangan negara????

Permulaan

Salam.

Aku hanyalah si tukang kasut di tepi jalan yang menyimpan pelbagai cerita suka,duka,gembira,tangis,hiba,hina dan pelbagai ragam dunia.Menulis untuk menyatakan kebenaran dan keadilan.Itu sahaja untuk siaran kali ini.